Atas Nasi Arab Ta'if · Tingkat 110 PAGI - 9 MALAM

PANDUAN SERVIS GOFIX

Tukar LCD & Skrin Phone.

Skrin retak, display bergaris atau touch tak memberi respons? Simptom yang nampak sama boleh berpunca daripada masalah berbeza. Mulakan dengan semakan peranti supaya pilihan repair lebih jelas.

Bila skrin perlu diperiksa?

Paparan berkelip, tompok gelap, garis pada skrin atau sentuhan yang tidak konsisten ialah antara masalah yang boleh dibawa untuk semakan. Jika phone terjatuh atau terkena air, beritahu pasukan kedai apa yang berlaku sebelum simptom muncul.

Harga ikut model dan pilihan skrin.

Kos penukaran bergantung pada model phone, jenis panel, ketersediaan part dan keadaan peranti. Hantar nama model serta gambar simptom melalui WhatsApp outlet pilihan anda. Selepas pemeriksaan, pasukan kedai akan terangkan quote sebelum kerja diteruskan.

Apa yang boleh disemak sebelum datang?

Sediakan model penuh phone dan terangkan sama ada skrin masih menyala, touch masih berfungsi atau masalah bermula selepas jatuh. Jika peranti masih boleh digunakan, buat sandaran data penting dahulu.

Selepas penukaran skrin.

Minta pasukan kedai terangkan fungsi yang diuji dan waranti bagi part yang dipilih. Tempoh siap bergantung pada model, stok dan giliran. Untuk kes yang memerlukan diagnosis lanjut, anggaran akan dimaklumkan selepas semakan.

Pilih cawangan anda.

Setiap outlet mempunyai nombor WhatsApp sendiri. Gunakan pilihan cawangan di bawah untuk mesej yang terus sampai kepada pasukan kedai.

MULA DENGAN SATU MESEJ

Tak pasti rosak apa?
Semak dulu.

Pilih cawangan, peranti dan masalah. Kami sediakan mesej WhatsApp supaya anda tak perlu taip dari kosong.

Harga tepat selepas semakan model dan masalah.

Jom cerita sikit.Terus ke WhatsApp outlet

Mesej boleh disemak sebelum dihantar dalam WhatsApp.

DEKAT DENGAN ANDA

Tiga lokasi.
Satu nama, GOFIX.

Pilih outlet yang sesuai. Setiap cawangan ada halaman lokasi dan WhatsApp sendiri.

Dah cuba restart?
Sekarang, cuba GOFIX.

Beritahu model dan masalah peranti. Kita semak sama-sama.

WhatsApp Saujana Utama
CAWANGAN PILIHANSaujana Utama WhatsApp kami