Cepat habis bateri tidak semestinya satu punca.
Keadaan bateri, penggunaan aplikasi dan masalah komponen lain boleh mempengaruhi ketahanan peranti. Pemeriksaan membantu menentukan sama ada penggantian bateri ialah langkah yang sesuai untuk model anda.
Semak model sebelum semak harga.
Nama model penuh memudahkan pasukan outlet menyemak pilihan bateri dan stok. Harga serta tempoh waranti bergantung pada model dan part yang dipilih. Dapatkan quote sebelum memutuskan untuk meneruskan kerja.
Berapa lama proses penukaran?
Masa siap bergantung pada reka bentuk peranti, ketersediaan stok dan giliran kerja. WhatsApp outlet pilihan terlebih dahulu supaya pasukan boleh maklumkan anggaran yang sesuai untuk kes anda.
Apa yang perlu dibawa?
Bawa peranti dan maklumkan sejarah masalah, contohnya bila bateri mula cepat habis atau phone pernah dibaiki. Buat sandaran data penting jika peranti masih boleh digunakan. Simpan resit selepas repair untuk rujukan waranti.
Pilih cawangan anda.
Setiap outlet mempunyai nombor WhatsApp sendiri. Gunakan pilihan cawangan di bawah untuk mesej yang terus sampai kepada pasukan kedai.


